[Tips] Bercuti ke Bandung-Jakarta, Indonesia

Salam

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2013, 2012 telah pergi meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi..oh sadis nya intro..

Tapi...

Asfz mengakhiri tahun 2012 dengan percutian ke Bandung-Jakarta selama 6 hari 5 malam..Kemain cuti lama gila..nak buat cam mana, bos saya baik hati..jangan jeles ok :P

Eksited punya pasal, tiket dah booked awal dah..tak salah asfz, 2 bulan awal..gile tak semangat..berkobar-kobar jek masa klik...klik..klik airasia.com tu..Lepas tu, menghitung harilah gamaknya..sehari bagaikan setahun..seminit bagaikan sehari..argh! ayat macam bercinta plak..opps..

Jadi jangan buang masa...jom kita pergi melancong..Flight asfz masa tu bertarikh 26 Disember 2012 jam 13.25pm, sehari selepas Krismas tapi asfz bukan pergi celebrate tahu..ni pergi bercuti jek..paham!! Seminggu sebelum tu sibuk lah menyiapkan apa-apa yang patut..korang patut take note juga tahu kalau nak bercuti kat negara orang :')

1) DO HOMEWORK
Ini bukan kerja skolah yang cikgu kasi untuk siapkan dekat rumah tu..maksud asfz ialah mencari maklumat tentang tempat yang kita nak pergi bercuti..so, for me Bandung and Jakarta lah..
Sesi googling bermula dengan mencari tempat-tempat yang terkenal dengan perlancongan sehinggalah tempat shopping..As we all know, Bandung juga dikenali sebagai Syurga Tekstil..
Apa yang asfz dapat dari homework asfz ni, next time la asfz cite ok..
Antara keyword yang boleh digunakan..
-tempat peranginan
-makanan khas bandung (if nak pergi bandunglah)
-tempat shopping 
-bahasa (penting)
-khidmat supir (macam sewa kereta, sewa sehari..pergi lah mana korang nak pergi)

2) CHECK PASSPORT
Kalau dah ada, check expired date sebab passport (untuk yang 2 tahun) yang di buat hanya sah 1 tahun 6 bulan sahaja..contoh lah, expired date 31-12-2012..jadi passport hanya sah sampai 30-06-2012, kalau lebih sila lah renew :')

Kalau tak hade, apa lagi...pegi pejabat imegresen (tah cam mana nak eja) bawa
- Salinan I/C
- Gambar 1 keping berukuran passport
- Duit (Untuk 2 tahun kene bayar RM 100)

Pong pang pong pang dalam sejam siaplah passport anda dan boleh lah anda pergi bercuti..haa..kemain! HAHA



3) CHECK-LIST BARANG-BARANG
Kata nak pergi bercuti kan, kelengkapan kenalah cukup..kang elok-elok nak release, jadi stress plak..

- bawa baju secukupnya..tak perlu bawa 1 almari tu tahu..bawa yang penting je..kalau jenis suka shopping, bawa sepasang dua je baju..yang lain tu beli je..

- tukar duit..kalau macam asfz nak pergi Bandung, kene pakai duit rupiah la kan..takde nya dowang nak terima kalau korang bayar pakai duit malaysia...asfz tukar siap2 masa kat Malaysia..murah pon murah..1 juta rupiah = RM 320..kalau tukar dekat Bandung, 1 juta rupiah = RM 323..kalau kat airport berganda-ganda..hahaha..plan sendiri elok-elok..tapi rate dia berubah setiap hari..based on luck oke :)

- Hotel/tempat nak menginap..bagi asfz, suka tempat yang sediakan pelbagai kemudahan..jadi apa-apa yang diperlukan..semua ada :')

- Plug Adapter..kalau kat Bandung, plug dia kaki dua jek..so kene beli adapter siap-siap supaya senang nak charge handphone/tablet/laptop dan sebagainya tu..kang menangis plak tak dapat nak charges..
Setiap negara, plug diorang lain-lain...so, kene pastikan pastikan plug adapter yang korang beli boleh digunakan di sana :')
- Tanda pangkah tu korang abaikan jek..hehe....

- Shampoo/Shower gel jangan nak mengada-ngada bawa 1liter punya ok..ada kang kene rampas..
Setiap airport, ada limited volume untuk cecair yang dibenarkan..so semua toiletries bawa dalam botol kecik jek..dalam 5 - 10 ml camtu..nak senang tak yah bawa..biasa kat hotel ada sediakan :')
Comel gile toiletries kit hello kitty ni...haa..semua shampoo dan shower gel korang masuk dlm botol kecik tu..insyaAllah cukup untuk beberapa hari :')

- Bahasa kene take note sikit sebab kat walaupun bahasa dan perkataan yang digunakan lebih kurang sama tapi ada beberapa perkataan yang kita sebut sama tapi makna yang berbeza..ala, macam perkataan inggeris tu..1 perkataan, makna sejuta...tu lah pentingnya HOMEWORK.. :)

- Ubat-ubatan pula tak perlu bawa banyak-banyak..kalau penadol tu, sepapan da cukup..kang bawa banyak-banyak nanti dituduh seludup dadah..siapa mahu jawab beb! hehe :')

Rasanya itu je kot tips-tips yang asas perlu korang tahu...nak tahu lebih detail, boleh lah tanya google...

Untuk entry sepenuhnya mengenai percutian asfz, next entry oke! insyaAllah :')

ENJOY YOUR TRIP AND HAPPY HOLIDAY AND HAPPY NEW YEAR

Comments

Cik Asfz said…
the tempo of life ::
best sangat dapat lihat tempat orang :D

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

Yummy Cupscake

Siapa tak nak jam tangan yang comel ni kann!