[Tips] Untuk pelajar yang nak praktikal

Salam..

Siapa yang akan praktikal?? siapa?? siapa?? haa..meh sini asfz nak share sedikit tips untuk persediaan praktikal tu nanti :)

Sebelum Praktikal

1) Buat resume selengkapnya.

2) Cari syarikat yang sesuai dengan kos yang diambil semasa di universiti. Pastikan pilih syarikat yang betul. Jangan sampai dah start praktikal, lain korang blaja lain plak yang korang praktik..silap-silap jadi cleaner je kat company tu nanti..huhu..

3) Bila dah comfirm dengan syarikat tu, tanya semua benda yang perlu..contohnya, waktu kerja pukul berapa? elaun dapat ke x? (penting ye untuk menyara hidup korang juga masa praktikal nanti) pakaian macam mana? (ada company mementingkan pengayaan pakaian..macam asfz, xpenting sangat..pakai je la apa pon janji nampak sopan dan muslimah..hehe)

4) Confirmkan dengan pihak universiti..kalau ada taklimat silalah rajinkan diri untuk menghadirkan diri..Nanti korang plak macam rusa masuk kampung..haha..segala dokumen-dokumen dan tarikh-tarikh penting kenalah catatkan..apa orang putih kata, taked note! haa...

5) Cari rumah sewa..korang nak tinggal mana plak bila korang lambat cari..kalau dekat dengan rumah keluarga, hanya stay dengan mereka..lebih JIMAT!

6) Kenderaan..agak penting..macam mana korang nak pergi kerja?? kereta?? motor?? parent hantar?? mana-mana pon boleh janji menyenangkan dua-dua pihak... :)

Semasa Praktikal

1) Dressing must be tip-top..tak perlu lah nak bergaya macam nak pergi fashion show tapi sekemas dan sedap mata memandang. Baru dapat tackle staff yang lain..hehe..
                         
                                      


2) Be on time. Hari first praktikal dah datang lambat..camne tu?? lu pikiq la sendiri..

3) Bila bos kasi kerja, tolong lah laksanakan sebaik mungkin dan timbalah ilmu sebanyak mungkin..

Itulah serba sedikit tips yang asfz boleh kasi...Hope membantu lah yek :)
HAPPY PRACTICAL EVERYONE !!! :)

Comments

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

alhamdullilah, terima kasih London Weight Management

Yummy Cupscake