Great Game!! Dato' Lee Chong Wei

Salam

Selamat berpuasa semua. Phew, siapa tak tengok perlawanan Badminton Single FINAL menemukan Dato Lee Chong Wei (Malaysia) dan Lin Dan (China) ? Pada sesiapa yang menonton pasti merasakan debaran yang asfz rasakan. Betul x? Satu perlawanan yang begitu sengit antara 2 musuh tradisi ini. Perlawanan yang penuh debaran dan kejutan. Walaupun Dato' Lee Chong Wei sekadar meraih pingat perak, asfz dan rakyat Malaysia yang lain berbangga dengan percapaian yang beliau kecapi hingga hari ini.

Pada awal set perlawanan, Dato Lee Chong Wei telah menunjukkan persembahan yang sungguh baik. Malangnya pada set kedua beliau tewas kepada Lin Dan. Dan akhirnya pada set penentuan, Dato Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan dengan pungutan mata 19-21.



Sejujurnya, asfz merasakan perlawanan badminton malam tadi sangat puas dan seronok. Yelah, walaupun kita kalah tapi kita kalah BERMARUAH sebab Dato Lee Chong Wei berusaha dengan sekeras-kerasnya untuk menang. "Well Done Dato!!" 

Terpancar kekecewaan Dato Lee Chong Wei setelah permainan tamat. 



Sebak bila tengok scene ni. :(


Apapun TANIAH buat Dato Lee Chong Wei kerana membawa pingat pertama kepada Malaysia di Olimpik London 2012.


Dato' Lee Chong Wei meng'update' status tweeternya dengan menulis 'I'm sorry'. Beliau memohon maaf kerana tidak berjaya memdapatkan emas untuk Malaysia. Bagi asfz, ianya tidak perlu kerana beliau bukan tidak berusaha mungkin tiada rezeki beliau dalam perlawanan pada kali ini. Dont be ya Dato, you do great work! Very Proud of it. Thank you Dato' :).

notakaki :: Menang kalah adat perlawanan. :)
Photobucket

Comments

aniqbukhary said…
Walaupun DLCW kalah dalam memburu emas pertama Malaysia, tetapi beliau tetap menang di hati rakyat malaysia...

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

Yummy Cupscake

Siapa tak nak jam tangan yang comel ni kann!