Hari Terbuka FTMK 2012

Assalamualaikum

banner rasmi :)

Dikala pagi yang indah ni best juga kan update cerita-cerita lama. Skali update 10 entry trus! HAHA
Entry kali ini berkenaan dengan hari terbuka FTMK 2012 iaitu berlangsung pada 5 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu. Oh yeah! asfz merupakan salah seorang AJK EXPLORACE! memang tak best jadi ajk explorace sebab asfz rasa lagi best jadi peserta. tapi best juga bila tengok gelagat para peserta. Ye x?

Antara aktiviti-aktiviti sempena hari terbuka FTMK 2012 ni. Ada banyak taw! 






*AMARAN*
semua gambar di atas ada watermark kan tapi jangan salah faham, semua design poster-poster ni dibuat oleh AJK MULTIMEDIA. Asfz memang tak terlibat langsung pon cuma asfz letak watermark tu sebab nak cakap gambar ni asfz upload kat blog asfz..tu je k :)

Acara bermula jam 7.00 pagi lagi dimana semua peserta explorace dan futsal bersiap sedia untuk berjuang mencapai kemenangan. ewahh...asfz dan partner asfz ditugaskan menjaga check point 12!!
untuk pengetahuan korang explorace yang diadakan ini mempunyai 15 check point dimana setiap check point ada task-tasknya yang tersendiri.

Task untuk check point asfz apa plak ea?

 

CHECK POINT 12
-PERPUSTAKAAN-


nampak kan ada banyak kunci. Itu adalah kunci loker perpustakaan dan ya, check point yang asfz jaga dekat perpustakaan di mana tasknya adalah salah seorang ahli dibenarkan mengambil SATU anak kunci dan mencari LOKER yang sepadan dengan anak kunci tersebut. Sangat simple kan tapi disebabkan check point asfz dah hampir akhir-akhir, ini bermakna bahawa kebanyakkan peserta dah kepenatan. Macam-macam ragam dan gelagat asfz jumpa. Ada tu sampai kunci loker ni bengkok lah, patah la..HAHA..

bila para peserta dapat melaksanakan task mereka, asfz kasi dowang ni! :)


oh ye, kawan asfz ada buka gerai taw! dowang jual makanan dan minuman serta TUPPERWARE!!

GERAI JUALAN MELETOP

apa yang meletop?? kene tanya tuan punya gerai lah..HAHA

berbagai macam barangan dijual baik dari segi makanan mahupun tempat simpan makanan..HAHA

pada malamnye pula ada Majlis Makan Malam. Kiranya Hari Terbuka FTMK 2012 ni bermula di awal pagi dan berakhir lewat malam. 

im the crew

notakaki :: kepenatan yang amat sgt tika ini

Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

Yummy Cupscake

Siapa tak nak jam tangan yang comel ni kann!