Yogjakarta Trip - Day 1

Salam

Tarikh :: 19-11-2011 hingga 20-11-2011
Tempat :: Yogjakarta

Pada tarikh yang telah ditulis diatas, asfz dan kawan-kawan yang lain telah pergi melancong 2 hari 1 malam ke Yogjakarta, Indonesia...Kiteorang bertolak dalam pukul 12.00 tgh hari WIB (waktu indonesia barat) dan sampai di Candi Borobudur dalam pukul 3.00 petang WIB..dalam perjalanan kiteorang makan tengah hari dalam bas..masa tu panas terik yang amat sampai tekak rasa kering jekk..sebelum pergi air dah habis berbotol-botol(ok, yang ni hyperbola..HAHA)

Ragam menunggu bas!
P A N A S!!!

walaupun hanya 2 hari 1 malam, barang-barang yang dibawa macam nak pergi sebulan dua..
HAHA ^__^

Menu makan tengah hari :: Nasi Penyet Ayam

Keadaan Cuaca :: HUJAN
Keadaan Trafik :: JAM!! -_-"

Bila kiteorang sampai kat Candi Borobudur, memang muka excited btol lah! seriusly! HAHA...
well, nak melawat monumen 7 ajaib dunia..spe tak nak kan! permandangan kat sana seriusly cantik giler hokeh!! SANGAT!!! 

Candi tu sangat tinggi, so akan ada banyak anak tangga..memang gigih betul lah bila naek anak tangga tu kan..aigoooo...tapi bila sampai je atas, akan nampak permandangan yang sangat indah..Indah sungguh ciptaan Allah =)

Sampai sana jek, hujan dah turun..so, turun je bas nanti ada orang tunggu dan akan cakap..
"Mbak, sewa payungnya..5ooo aja.."

dah la masa tu asfz tak bawa payung..nak tak nak kene lah sewa kan..kalau tak lencun la nanti..HAHA

yang istimewanya, sebelum masuk candi kene pakai kain sarung BATIK...salah satu cara memperkenalkan batik kat para pelancong..so, asfz juga tidak terkecuali =)

K A M I
dan kain sarung batik dibawah payung

Nampak tak anak tangga yang sangat ramai tu??? 
gigihkan nak naik sampai ke atas tu..huhu

ok! jom start mendaki!! wehoooo <3

sebelum naik bergambar dulu!! 
P O S E !!! snap! snap! snap! 

bila dah sampai atas..korang akan nampak permandangan seperti ini..memang tenanglah otak korang tu..seriusly!! dan korang nampak tak bayang-bayang gunung tu?? sebenarnya tu adalah gunung berapi dan baru je meletus hari tu..masa asfz kat situ asfz baru tahu okeh! masa tu cuak juga rasa..

Z O O M!!!
kasik clear! HEHE

antara lukisan/ukiran yang ada di sekeliling dinding candi..gigih tol orang dulu-dulu ukir sekeliling candi yang BESAR ni!! K A G U M!!

the view...
setiap bentuk loceng tu, dalam dia ada patung budha yang sedang bersila...memang sekeliling tu banyak ahh!!

another view ;)

Masa asfz dan kawan-kawan keluar dari candi ni...kiteorang di serang oleh segerombolan orang-orang yang berjual..masa tu memang rasa rimas sangat sebab selagi tak beli, selagi itulah dowang kat situ..nak lepaskan diri pon tak boleh..haiyakk!! masa tu melayang juga lah beberapa keping wang..sobs..sobs..sobs.. :'(

Lepas berjaya meloloskan diri, kiteorang cuci-cuci mata kat gerai-gerai yang ada..ok seriusly murah gila barang yang dijual..tapi asfz xdelah memborong barang-barang kat sana sebab masa tu $$$ tak berapa nak ada..so, tengok je lah semua barang yang ada..hehehe =)

ok..dah habis di candi borobudur..then kiteorang pergi Malioboro..kat sana tempat shopping baju, kasut, seluar, dan macam-macam lagi..C O M P L E T E!!! 

Sebelum shopping, kiteorang makan malam lu..

sebelum tu kene naik beca dulu, baru leh sampai dekat kedai makan...
masa naik ni tak brani hokeh! moto dan kereta laju je kat sebelah..dan korang mengadap jalan tanpa ada apa-apa perlindungan..seriusly..NEW EXPERIENCE!! :)

Menu Makan Malam :: Nasi Gudeg..
Taste :: Not Bad :)

P O S E sebelum makan!!
W A J I B!! hehe =)

masa ni, ada perlawanan bola antara INDONESIA VS VIETNAM...
naseb baek bukan vs Malaysia kann...hehe ;)

Lepas makan-makan kiteorang p ronda-ronda Malioboro dan cuci-cuci mata...
asfz dapat 1 t-shirt Yogjakarta dan beberapa survinier tok kawan-kawan kat malaysia...hooyeahh!! ^___^

Lepas tu, kiteorang direct terus ke tempat penginapan...
kiteorang tidur dekat resort, hampir dengan Pantai Kukup, Yogjakarta..

Pantai Kukup terkenal dengan ombaknya yang besar dan kuat..serta ada lagendanya tersendiri..kalau nak tau lagendanya kenelah google...

Asfz akan update pengalaman di Pantai Kukup pada entry akan datang okeh! =)
Stay tunee....Happy always :)







Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

alhamdullilah, terima kasih London Weight Management

Yummy Cupscake