Historical Place :: Lawang Sewu, Semarang Indonesia

Salam semua ^__^

Entry kali ini asfz nak cerita serba sedikit kawasan bersejarah dekat semarang ni. Asfz nak bercerita tentang Lawang Sewu. Korang mesti tertanya-tanya kan apa benda la Lawang Sewu ni. Betul tak? sila anggukkan kepala anda yek! :p hehehe. Kenapa asfz nak bercerita pasal Lawang Sewu ni? kerana Lawang Sewu ni sangat dekat dengan Universiti asfz dekat Semarang. Kira berdepan camtu lah. Hari-hari asfz lalu depan bangunan ni tapi tak pernah masuk pon dalam tu. KENAPA?? kene baca entry ni sampai habis =)

gambar ni tak tahu bila ambil

Lawang Sewu merupakan sebuat pejabat NIS (Nederlands-Indische Spoorweg Maatschappij). NIS adalah salah satu syarikat kereta api di Hindia-Belanda. Indonesia merupakan kawasan jajahan Belanda, betul x? siapa tak tahu sila buka buku sejarah korang! hahaha..ok, sambung cerita. Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 1907. Dah lama da bangunan ni. Lebih kurang dah 100 tahun usia Lawang Sewu ni. hehehehe....

Kenapa nama bangunan ni Lawang Sewu? Lawang Sewu ni sebenarnya bermaksud Seribu Pintu. Masyarakat disini menamai bangunan itu sebegitu kerana bangunan ini mempunyai banyak sangat pintu (tapi takdelah sampai seribu) dan yang lebih menarik lagi tingkap-tingkap di bangunan ini sangat besar sehinggakan masyarakat disini menyangkakan tingkap itu adalah pintu.
nampak tak banyaknye pintu?? sekeliling bangunan ada pintu..huhu

Kerajaan Indonesia telah menjadikan bangunan ni antara 102 bangunan lama yang patut dilindungi. Sebenarnya ada cerita horor di bangunan ni. Asfz tanya Pak Supir (pemandu) mengenai sejarah Lawang Sewu ni dan dia kata dekat sini ada penjara bawah tanah. Ramai lah yang mati kat situ jadinya kawasan itu dikatakan berhantu. Masyarakat di semarang ini mempercayai kununnya Lawang Sewu ni berhantu. Kesahihan cerita asfz tak tahu tapi bila google ada jek cerita-cerita horror ni. That's why lah asfz memutuskan untuk tidak masuk dalam bangunan tu. Tengok dari luar pon terasa semacam. Apatah lagi nak masuk..ish! memang tak lah kan!! hahahahaha...

oklah, sampai disini dahulu cerita untuk kali ni..
InsyaAllah, next time asfz cite tentang tempat bersejarah yang lain plak ye..

sumber :: http://id.wikipedia.org/wiki/Lawang_Sewuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Nederlands-Indische_Spoorweg_Maatschappij, www.google.com


Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

Yummy Cupscake

alhamdullilah, terima kasih London Weight Management