Siapa Pencipta Bendera Malaysia???

 As Salam Ramadhan

Hai korang! dah 25 hari kan kite berpuasa..tinggal beberapa hari je lagi nak raya..dan juga lagi beberapa hari juga hari kemerdekaan kite yang ke 54..
"1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

apa yang asfz bold kan tu? aik..xkan tak tahu..tu lah tema kemerdekaan kita pada tahun ni..1 Malaysia =)

asfz nak tanya siapa yang mencipta bendera malaysia atau lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang?
taw?? tak taw?? ok meh nak cite...
orang yang mencipta bendera malaysia ni ialah allahyarham Mohamed Hamzah (orang Johor ni)


Beliau mencipta bendera Malaysia pada tahun 1947 dan bendera Malaysia telah berkibar buat pertama kali dengan megahnya di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
meh baca cerita kat bawah..asfz copy paste jek..kang asfz karang sendiri habis lari fakta..hehehe
Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-  Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.   

  sumber :: Bendera Malaysia 

ok, semua dah taw kan! bagus..*tepuk tangan...
Maknanya dah 64 tahun bendera Malaysia wujud dan 54 tahun bendera Malaysia tu berkibar dengan megahnya di Malaysia =)
Berjasa kan Allahyarham Mohamed Hamzah ni..

Bendera Malaysia dicipta bukan suka-suka jek..setiap bentuk dan warna mempunya maksudnya yang tersendiri..ingat senang ke nak buat sesuatu tapi mempunyai maksud? susah..sebab asfz pernah mengalaminya suatu ketika dahulu, ketika menyertai kem-kem semasa di alam persekolahan..teheeee...

jom kite hanyati maksud di sebalik bendera Malaysia yang kita kibarkan tu..
kalau korang tak kenal bendera ni, asfz hantar korang ke negara afrika! grrrr..

Maksud Lambang dalam bendera Malaysia atau Jalur Gemilang

1) Anak Bulan - Islam sebagai agama rasmi negara

2) Bintang pecah 14 (14 bucu) - Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

3) 14 jalur melintang (sama lebar) - Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mempunya satu hala tuju yang sama. Mewakili negeri-negeri dalam Malaysia iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Maksud Warna dalam bendera Malaysia atau Jalur Gemilang
Merah - Melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
Biru - Perpaduan rakyat Malaysia.
Kuning - Kedaulatan Raja Berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dab falsafah rukun negara / lambang kesetian rakyat kepada rajanya
Putih -  Keluhuran dan keikhlasan.


Marilah kita sama-sama menghargai jasa Allahyarham..jangan la dibuat kain buruk, bakar, buang bendera Malaysia tu ek!!

                       JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG!!!

tetiba suka plak qoute ni 
"JALUR GEMILANG SUATU PERKARA YANG MUDAH IAITU TIDAK LEBIH DARI SECEBIS KAIN BERWARNA,NAMUN BEGITU KERANANYA MANUSIA SANGGUP BERMATI-MATIAN"
sumber :: Jalur Gemilang

notakaki :: kat ne ek nak cari widget bendera malaysia yng berkibar-kibar tu?? nak letak lam blog!! T_T
Photobucket

Comments

Heidi Shafiq said…
pesal ko patriotik semacam je ni?
Cik Domo said…
@Heidi Shafiq
kang aku cite sal doodle jek ko juga y muntah hijau..

tp aku mmg patriotik pe..hahahaha
::budak:: said…
haha..baru tahu..thanx 4 sharing :)
Cik Bell said…
sonoklah org johor...haha
Hans said…
wah
entry yg bagus nih
thanks 4 the info
:-)
Nieyza said…
oo..baru taw..tq dear...

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

alhamdullilah, terima kasih London Weight Management

Yummy Cupscake