Tips Asas Pergi dan Ketika Temuduga

Salam.

Hari ini kita bercakap tentang temuduga. Asfz percaya semua orang mesti ada pengalaman temuduga. Temuduga kerja, biasiswa dan lain-lain. Asfz ada sediakan tips asas untuk pergi temuduga. ASAS jek taw. Nak detail kene lah minta tolong incik gugel. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan disaat anda memerlukannya...ewaahh..hahaha...


1)      Ketahui serba sedikit latar belakang program/kerja/syarikat.
Contoh : Anda sedang pergi temuduga kerja, jadi anda kenalah buat sedikit ulang kaji mengenai latar belakang syarikat, kerja apa yang anda mohon dan lain-lain.
2)      Mesti menghadirkan diri di tempat temuduga itu awal. 1st ekspression kenalah ok. Cth : Anda cakap anda seorang yang menepati masa tapi pada masa yang sama anda lewat datang ke tempat temuduga. Agak-agak penemuduga tu percaya tak kata-kata anda? J
3)      Jangan pergi berlengang. Maksudnya bawa la resume, sijil-sijil yang berkenaan ke, apa-apa sahaja dokumen yang berkaitan.
4)      Pakaian kena bersesuaian. Jangan la pakai baju santai ketika pergi temuduga. Anda bukan pergi holiday yek! Haha.
5)      Bila masuk ke bilik temuduga, beri salam dan selamat sejahtera kepada orang yang akan temuduga anda. Jangan la masuk, terus je duduk dan buat muka innocent. Nanti belum apa-apa anda dah disuruh keluar.
6)      Apabila menjawab soalan, jangan jawab merapu-rapu. Jawablah ikut keperluan jek. Jangan over yek.
7)      Jawab soalan dengan yakin. Jangan gugup. Ok!
8)      Bila dah habis, cakap terima kasih. Jangan la main melulu jek keluar..
Bahasa melambangkan Bangsa ok! J

Itulah sedikit sebanyak tips untuk pergi temuduga secara asasnya. Semester lepas asfz kene p temuduga juga. Gelabah oke! Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar.

Notakaki :: temuduga itu TAK best! (bagi asfz lah..hehehe)


Photobucket

Comments

✿ cikcimi said…
habes law temuduga keje part tyme kene bawak resume x? hihi.
nabilah_2908 said…
bnda yg sy tak suka adalah sesi interview...huhu..
asfz lily said…
@✿ cikcimi
Kena juga lah! hahaha :D

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

alhamdullilah, terima kasih London Weight Management

Yummy Cupscake