Tanah Runtuh di Hulu Langat

Salam...

Salam takziah buat mangsa ( Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa) tanah runtuh di Hulu Langat.
Semoga mereka tabah mengharungi segala dugaan..amin..






artikal ni asfz amik kat sini..

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.
Setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk
seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.
Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
- Hulu Langat, 21 Mei 2011..
Sumber :: http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/2353-tanah-runtuh-mengorbankan-anak-yatim.html


notakaki :: air mata menitis ketika menaip entry ini....
"Ya Allah, permudahkanlah mereka mengharungi segala dugaan-Mu.."
Photobucket

Comments

^^nu[dd]yra^^ said…
rasa sadis sangat tegok gambar yang ada...semoga roh2 mereka yang terkorban ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

btw, datang sini mbalas kunjungan n follow ;p
asfz lily said…
@^^nu[dd]yra^^
aminn :)

thanks for coming :)
EYFAalias said…
Hmm. rasa sedih bila dengar berita ni. Al-Fatihah untuk meraka yang menjadi mangsa =(
asfz lily said…
@EYFAalias
memang sedey pon..=(
amin..

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

Yummy Cupscake

Siapa tak nak jam tangan yang comel ni kann!