Bahagian 1 : Kau hanya untukku

Bahagian 1


♪♫♪ Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita ♫♫♪


Tania baru sahaja selesai mandi segera mengambil handphonenya yang sedang berbunyi. Malangnya, tika butang hijau hampir ditekan telefon sudah tidak berbunyi lagi.

"Siapalah yang 'misscall' waktu malam macam ni. Alahai, ganggu saja" ujar Tina dalam hati. Tina rasa sangat bengang sebab dia telah mendapat beberapa 'misscall' sejak tengah hari tadi. Sudahlah nombornya tidak dikenali. Hendak telefon semula, kreadit pula kering. Lalu panggilan itu dibiarkan berlalu pergi bersama malam yang sunyi.

Hari mulai cerah, Tania bangun kemalasan sambil matanya mencari-cari jam.
"Dah pagi rupanya. Lamanya aku tidur malam ni. Nak tengok telefon lah. Mana tau dapat mesej dari Rina ke..haha"
"Eh, 19 misscall!! banyaknya. Siapa yang sangup nak telefon aku sebanyak ini. Ah, sudah! nombor ni yang misscall aku semalam." ujar Tina. Wajah kerisauan tampak jelas dimuka Tina.
"Panggilan dari kampung kah? ada kecemasan ke? perlu tak aku telefon balik?" Bertalu-talu Tina menanyakan soalan ke atas dirinya.

Tanpa membuang masa Tina mencapai tualanya dan terus menuju ke bilik air. Setengah jam kemudian, Tina sudah siap berpakaian lantas terus menuju ke pejabatnya. Sebenarnya Tina bekerja sebagai pereka grafik.
Sampai sahaja di pejabatnya, orang pertama yang Tina cari ialah Rina iaitu sahabat baiknya.

"Rina!! Rina!! Tolong aku..Ada masalah besar ni..." kata Tina sambil tercungap-cungap kerana penat berlari dari tempat letak kereta.
"Eh, sabar..sabar..apa yang kalut sangat ni Tina..kau jumpa hantu ke?"
"Kesitu plak dia. Mana ada hantu siang-siang macam ni. Kau ni pon. Takde, cuba kau tengok telefon aku ni. Ada orang pelik yang cuba menghubungi aku ni. Banyak kali dia call ni. Camne ni Rina. Aku mana ada kawan lain selain kau dan tak ramai yang tahu nombor telefon aku ni. Apa aku nak buat ni Rina??" ujar Tina dengan panjang lebarnya.

Rina hanya tersenyum melihat telatah sahabat karibnya itu. Paham benar dia dengan perangai si Tina, kalut tak bertempat.
"Tina..sabar dulu. Entah-entah orang salah nombor ke? tak pon budak-budak ofis ni juga. Janganlah kalut sangat. haihh..ini baru ada orang call..kalau ada orang masuk meminang, macam manalah keadaan kau ni kan." jawab Rina sambil tersenyum.
"Kalau ada orang masuk meminang aku, kau lah orang pertama yang aku beritahu taw. Hahahaha" kata Tina plak.
"Amboi...dah pandai sekarang ye.." ujar Rina sambil kenyit mata.

Tina dan Rina berjalan beriringan menuju ke kafe untuk menjamu selera. Cerita mengenai pemanggil misteri itu dilupakan buat seketika..

bersambung.....

siapakah pemanggil misteri tersebut?

Photobucket

Comments

Eifa Zuhaira said…
tania ke tina nama nye?? ngeee :D

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

Yummy Cupscake

Siapa tak nak jam tangan yang comel ni kann!