ASMARA di TV3

Salam semua

Ha, malam ni asfz tak join GA/Contest..dah marathon semalam..ekeke~
Malam ni eh dah pagi plak, so pagi ini asfz nak review drama yang sedang fofular di TV3. Drama yang bertajuk ASMARA. Asfz baru habis tengok episod 13 tadi tapi dah kompius sama ada dah tamat ke drama ASMARA tu sebab ada terbaca kat blog seseorang yang drama ni hanya 13 episod. Tadi tengok macam belum berakhir. 


Tema drama ASMARA ini "Terjerat Dalam Penjanjian Nyawa". Secara jujurnya asfz pon tak berapa paham maksud tema drama ini. Keseluruhan asfz sangat suka drama ini. Serius rugi sangat-sangat siapa yang terlepas menonton drama ini. Barisan pelakon yang kachak dan chantekk ialah



SHAZ JAZLE
watak sebagai ASMARA (hero drama)
Asfz rasa dia ni pelakon baru sebab tak pernah nampak dia muncul (tapi tak tahu la kalau asfz yang ketinggalan). Dia pandai membawa watak sampai asfz pon terikut-ikut dengan drama ini. Tumbsup!!


FAEZAH ELAI
watak sebagai ZALIYA (heroin drama)
Memang superb la lakonan dia..suka..suka :)
Watak dia watak yang negative tapi menjadi positive di akhir cerita.


FARALYNA
watak sebagai MELATI (heroin kedua)
suka watak dia. Comel <3
Watak dia positif jek. hek3x

dan  barisan pelakon-pelakon lain..

Jom tengok sisnopsis drama ASMARA ini.

Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
ok, memang menarik drama ini. Kalau 5 bintang, asfz bagi 4 bintang :)
dan lagi satu, OST drama ni sangat best. Jom layan~


Artis :: ADA BAND
Tajuk lagu :: SURGA CINTA

Siap ada lirik lagi tu, apa lagi..KARAOKE lahhH~

oh yer, all picture creadit to incik google

Asfz nak sambung karaoke..bai <3

Photobucket

Comments

Heidi Shafiq said…
pasni kuar drama HEIDI pulak.. jgn lupe saksikan.. :P

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

Yummy Cupscake

Siapa tak nak jam tangan yang comel ni kann!