mahu 800 tp ada 2 jek..

Salam kawan-kawan

Asfz mahu cerita satu cerita yang asfz rasa sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Ewahhh, macam lah cerita asfz ni best sangat kan? tapi asfz tak peduli. Asfz nak cerita juga. Siapa tak mahu dengar, sila tekan tanda 'X' kat atas hujung sebelah kanan tu. Haa..nampak x?
Petang tadi selepas habis kelas OS, kawan-kawan asfz pergi makan dekat kedai nasi ayam penyek. Siapa pernah makan mesti korang tahu rasa kelazatan nasi tu kan tapi asfz bukan nak cerita pasal nasi ayam penyek tu, nak cerita lain. Cerita bab makan ni next entry baru asfz cerita okeyh!!
Tempat makan asfz tu berdekatan dengan mydin MITC yang agak besar tu. Kawan asfz ajak teman dia pergi sana sebab nak keluarkan duit. Jadi, asfz ikut je lah. Sampai-sampai je kat sana, ramai pula yang beratur tunggu giliran nak keluarkan duit, asfz apa lagi pusing-pusing lah dekat sekitar mydin tu. Tetiba asfz kene tahan dengan seorang perempuan (bukan orang malaysia) sambil menunjukkan kad banknya kat asfz. Muka asfz yang macam orang yang baru datang German buat-buat lah paham apa yang perempuan tu cakap. Dia tak reti cakap melayu tapi boleh lah cakap dalam bahasa inggeris. Dia minta tolong asfz keluarkan duit dia dekat atm.


Disebabkan asfz seorang perempuan yang lemah-lembut, baik dengan laju-lajunya terus setuju tolong perempuan itu. Setelah nombor pin dimasukkan, asfz tekan-tekan la apa yang patut kat badan atm tu, sampai satu bahagian iaitu "withdraw", kan kene masukkan jumlah yang kita nak keluarkan. Asfz cakaplah kat perempuan tu berapa yang dia nak keluarkan, dengan bangga dia taip 800.00. Dalam hati asfz berbisik "wow, banyak juga dia nak keluarkan duit ni.". Asfz cakap dalam hati sahaja ok. Sekali tak boleh keluarkan duit sebab baki akaun tidak mencukupi. Asfz dah tergelak-gelak (dalam hati je). Kemudian dia masukkan 600.00, tak boleh juga..kemuadian 400.00 pon tak boleh juga. Asfa jadi pelik dan pening. Sebenarnya perempuan ini tau tak berapa duit yang dia ada. Jadi tanpa disuruh asfz terus semak baki akaunnya (walaupon sebenarnya salah taw!! xmo ikot yek), sekali baki dia ada RM 2 ++ je. Memanglah tak boleh keluarkan duit. Terkaku asfz depan atmMyEm0.Com. Perempuan tu tersenyum-senyum jek depan asfz. Seriusly, dalam bank ada RM 2 tapi nak keluarkan RM 800!! memang tak tahu asfz nak cakap apa lah. Terus je asfz pergi dari situ dengan muka agak bengang..tapi dalam hati asfz gelak-gelak sebab asfz rasa perkara ini lucu. 
Korang rasa cerita ini lucu tak??



Comments

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

alhamdullilah, terima kasih London Weight Management

Yummy Cupscake