ini bukan cerita pasal rumput taw!!~

Salam Ramadhan

Asfz nak share mengenai kasih sayang..
kepada mereka2 yang sudah berpartner/pasangan..please hargai mereka seadanya..
jgn lah melukai dan menyakiti mereka..sesungguhnya mereka lah racun, merekalah madu..
one more things, hidup kamu xlengkap tanpa mereka..
okeyh ^^,

jum layan cerita ni..semoga ianya memberi erti kepada anda semua :D

Pada suatu hari,disebuah sekolah seorang murid bertanya kepada cikgunya.Ketika cikgunya tersebut mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar:Cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang?macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu:Ok kamu ikut apa yang saya suruh,kamu pergi berjalan ke padang,kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang walau sekali.Dah petik rumput yang paling cantik,bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Cikgu bertanya:kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar:Semasa saya berjalan tadi,saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik,tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lgi.Tpi bila sampai di penghujung padang,saya x jumpa pown yg paling cantik.Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik,tpi dah cikgu cakap x bole menoleh kebelakang semula,jadi tiadalah rumput yang bole saya petik.

Cikgu:Ya itulah jawapannya,maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari yang lebih baik lgi daripada itu.Kita patut menghargai orang yang berada dihadapan kita sebaik-baiknya.Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.Semoga yang berlaku tidak akan berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang,itulah yang paling cantik dan paling baik.Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi


notakaki :: ini bukan cerita pasal rumput okeyh!!~
fikir2kan dan selamat beramal :D

truly,

Comments

Popular posts from this blog

Ros ada makna tersembunyi?

alhamdullilah, terima kasih London Weight Management

Yummy Cupscake